Assalamualaikum..
Dah lama niat nak buat blog. Nak share dengan semua tentang pengalaman menggunakan Cloth Pad atau Pad Kain Moden ni.
Ahlamdulillah..tercapai juga hari ni. Diharap blog ni menjadi ruang perkongsian ilmu yang berguna untuk kita semua InsyaAllah.
Sebagai permulaan biarlah saya ceritakan tentang bagaimana saya boleh mula terjebak dengan dunia cloth pad.
Alhamdulillah selepas berkahwin, terus dimurahkan rezeki. Dalam tempoh 9 bulan kehamilan, saya banyak search info tentang apa sahaja berkaitan bayi dan juga penjagaannya.
Dalam banyak-banyak info tu ada terjumpa tentang Cloth Diapers. Ada juga beli untuk kegunaan bayi yang bakal lahir.
Oleh kerana tinggal bersama orang tua sendiri dan dikatakan penggunaan Cloth Diapers agak susah, akhirnya Cloth Diapers tu masuk almari sahaja.
Apabila adik saya mendapat anak sulungnya dan melihat kegigihannya mengumpul Cloth Diapers, saya mula terdetik untuk menggunakan Cloth Pad.
Saya adalah pengguna Pantyliner tegar. Tanpa pantyliner saya rasa tidak yakin. Kerana ingin mencuba Cloth Pad, saya bermula dengan Cloth Liners. Sekurang-kurangnya tak perlu lagi saya beli pantyliner setiap bulan.
Setelah mencuba Cloth Liner, akhirnya saya mula jatuh hati dengan variasi Cloth Pad. Sejak itu, saya mula gunakan Cloth Pad. Tak susah pon sebenarnya. Nanti saya ceritakan lebih lanjut tentang Cloth Pad ya.
Kalau ada yang berminat nak dapatkan info tentang Cloth Pad, komen la ye.
Bersama bertukar kepada yang lebih baik.
Smile.
~ Mrs Faa